Friday 30 May 2014

Menyertai Aktiviti Yang Dianjurkan Sekolah

Hari Sukan ialah satu aktiviti yang dianjurkan sekolah, ia dianjurkan pada bulan April. Semua murid-murid sekolah harus menghadiri untuk aktiviti ini kerana masih hari sekolah. Untuk Hari Sukan kali ini,ia diadakan di Stadium Toa Payoh.
Semua murid diberitahu untuk mengambil sarapan dahulu sebelum hadiri di stadium kerana harus ada perut yang sikit diisi dengan makanan.Ramai murid dilihat mengambil sarapan di Macdonalds yang didapati di dalam SAFRA sebelah Stadium Toa Payoh.

Semua murid-murid harus hadir di stadium pada pukul 7.15 pagi kerana kehadiran akan diambil pada pukul 7.30 pagi.Setiap darjah diberikan tempat yang sesuai untuk duduk.Sukan pertama ialan larian.Ramai para atlet harus berlari trek stadium untuk mendapat tahu siapa yang akan menjadi juara dalam setiap pertandingan.
Makanan dan minuman diberikan kepada setiap murid untuk pastikan yang semua murid dapat makan . Setiap pertandingan pada hari itu terdapat juara dan selepas semua barang-barang sudah dibersihkan,semua murid dibebaskan.

Pengalaman saya pada Hari Sukan ialah saya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan pada hari itu.Saya menyesal kerana dengan kawan-kawan saya kami duduk sahaja dan berbual untuk seluruh hari itu dan tidak buat apa-apa.Saya berasa amat letih kerana apabila pertandingan antara kelas-kelas lain lawan, saya sokong kelas saya.Sebahagian hari itu ialah yang terbaik apabila semua kelas sokong atlet-atlet yang berlari dan suasana di situ meletup.Saya dapat mempunyai masa yang baik pada Hari Sukan dan saya harap akan dapat Hari Sukan yang lebih baik pada tahun depan.

Thursday 29 May 2014

Refleksi MH370

MH370 Refleksi

1. PERASAAN SAYA APABILA MENGETAHUI TENTANG KEHILANGAN MH370.

Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai penumpang di dalam kapal terbang MH370.Semua penumpang boleh mati pada bila-bila masa kapal terbang boleh ada kemalangan.Hari yang saya tahui tentang kehilangannya, saya berasa sakit kepala dan hari seterusnya saya mula berasa sakit. Walaupun kapal terbang dari Malaysia , saya pun berasa terjejas kerana negaranya di atas Singapura saja.

2. PERASAAN SAYA SETELAH MEMBACA KOMEN-KOMEN YANG NEGATIF TENTANG KEHILANGAN MH370.

Komen-komen negatif di lalaman web hanya melambatkan proses dan yakin orang yang sedang mencari MH370. Saya berasa marah apabila komen-komen ini diterbitkan kepada semua orang. Ia hanya jadikan masalah lagi teruk dan kalau orang-orang macam ini tidak boleh tolong the situasi ini mereka boleh saja senyap . Komen-komen ini boleh menyakit ramai orang terutamanya saudara penumpang MH370.

3. DUA PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARIPADA EPISOD INI.

 Saya belajar bagaimana untuk tidak memburukkan lagi keadaan kerana ia akan memberi kesan kepada keyakinan dan ia hanya akan mengurangkan semangat mereka. Saya pun belajar untuk bersabar kerana kemalangan macam sebegini akan ambil banyak masa untuk habiskan . Kami boleh sebagai satu rakyat menolong dengan kemalangan ini dengan memberi mesej kepada pesawat MH370.