Friday, 30 May 2014

Menyertai Aktiviti Yang Dianjurkan Sekolah

Hari Sukan ialah satu aktiviti yang dianjurkan sekolah, ia dianjurkan pada bulan April. Semua murid-murid sekolah harus menghadiri untuk aktiviti ini kerana masih hari sekolah. Untuk Hari Sukan kali ini,ia diadakan di Stadium Toa Payoh.
Semua murid diberitahu untuk mengambil sarapan dahulu sebelum hadiri di stadium kerana harus ada perut yang sikit diisi dengan makanan.Ramai murid dilihat mengambil sarapan di Macdonalds yang didapati di dalam SAFRA sebelah Stadium Toa Payoh.

Semua murid-murid harus hadir di stadium pada pukul 7.15 pagi kerana kehadiran akan diambil pada pukul 7.30 pagi.Setiap darjah diberikan tempat yang sesuai untuk duduk.Sukan pertama ialan larian.Ramai para atlet harus berlari trek stadium untuk mendapat tahu siapa yang akan menjadi juara dalam setiap pertandingan.
Makanan dan minuman diberikan kepada setiap murid untuk pastikan yang semua murid dapat makan . Setiap pertandingan pada hari itu terdapat juara dan selepas semua barang-barang sudah dibersihkan,semua murid dibebaskan.

Pengalaman saya pada Hari Sukan ialah saya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan pada hari itu.Saya menyesal kerana dengan kawan-kawan saya kami duduk sahaja dan berbual untuk seluruh hari itu dan tidak buat apa-apa.Saya berasa amat letih kerana apabila pertandingan antara kelas-kelas lain lawan, saya sokong kelas saya.Sebahagian hari itu ialah yang terbaik apabila semua kelas sokong atlet-atlet yang berlari dan suasana di situ meletup.Saya dapat mempunyai masa yang baik pada Hari Sukan dan saya harap akan dapat Hari Sukan yang lebih baik pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment